RSS

Friday, June 25, 2010

KeCiK

arini hari yg x berapa ceria..erm..sakit kepala menyerang..xsuka & penat...sy sensitif..arini berapa kali menangis..entahlah, terasa sgt...biarlah apa pun org nk cakap, nak tuduh sy..saya kenal diri sy..sy tahu sape saya..susah nak orang percayakan kita kn..saya benci itu...tapi salah saya jugak, saya pun susah percayakan orang tapi bersebab...sebab saya takut saya kecewa lagi...cukuplah kesakitan yang saya dapat sebelum2 ni..saya mohon satu je, kalau x suka saya biarkan saya keseorangan tapi tolong jangan kecewakan saya...saya x suka terluka sebab saya senang memaafkan tapi kenangan akan selalu bermain diminda saya..dan bila itu terjadi, saya akan dilanda kesedihan...

Tuesday, June 22, 2010

SaTurDaY..15/05/10

Bakal Suamiku,
ketahuilah diri ini amat menyayangimu,
ingin menyanjungmu setinggi bintang dilangit,
ingin menantimu sesetia bintang,
menghormati dirimu dengan setulus hati,

Bakal teman hidupku,
seringkali diri ini terfikir,
adakah dirimu adalah adam yg ku cari,
mampukah diri ini menjadi hawa untuk dirimu,
sentiasa bersama susah@senang,
jatuh@bangun, sakit@sihat,

Bakal Penjagaku,
seandainya dapat ku tunjukkan hatiku,
ku mahu dirimu melihatnya
betapa kasihku padamu,
hanya dirimu yg akan ku cintai,
dirimu menjadi dambaanku,
kasihmu menjadi semangatku,
cintamu lambang kekuatanku,
jangan sesekali biarkan daku keseorangan,
kerana ku tahu,
ku takkan berjaya menghadapinya,
tanpa adanya dirimu,
insan yang bernama,
HADI

JuMaaT iTu...20/05/10

Engkau yang pernah mengisi cerita hidupku
engkau yang pernah memberikan aku cintamu
Mengapa kini kau pergi tinggalkan diriku
Aku menyayangimu
Dan aku mencintaimu
Kekasihku
Seandainya bila waktu dapat merubah
Aku ingin ulang kisah yang pernah ada
Dan biarkan cinta basuh luka yang tersisa
Agar ku terlupa dari rasa ku yang fana
Tapi kini semua telah hilang
Bersama bayangmu cintamu
Dalam hidupku
Setelah kau luluhkan hatiku untukmu

MaLaM iNi

malam ini ingin sekali jari2 menari
mencoret seribu rasa sejuta kasih
mencari kedamaian yg semakin hilang
luput ditelan kegelapan malam
bulan dan bintang tidak pernah berpisah
tetap setia menemani malam
menanti dan terus menanti
tanpa penghujung yg pasti

bayu yg bertiup meruntun sanubari
desiran ombak membuatku terpaku
bagaikan ada satu suara
yang menembusi diri
membisikkan kata rindu & sayang
membuatkan hatiku ini luruh
gugur bagaikan daun2 kering
bertaburan di bawah pohon yg merendang
menunggu dan tetap menunggu
hadirnya sang pemungut

AwAk, SaYa & DiA

habitku, daku akn menulis bila ku dalam kesedihan, kekecewaan..one bt one kekecewaan datang dan pergi..nape susah sgt rasa ini pergi...what's happened to me??...i hate you!!!...can't stand anymore...how i could live in this pretending life for a long time...someone please help me...

setiap orang ada kelemahan dia yg tersendiri tp sekurang2nya mencuba dari tidak mencuba...dan saya x blh mcm awak, pura2 x de apa2 berlaku setelah apa yg sy dengar...maaf,saya x pandai nak tipu hati saya..saya dah penat nak marah, nak dendam...lgpn saya nk jd seorang anak, kakak, bakal isteri, bakal ibu dan juga seorang kawan yg amat tulus, penyayang, penyabar...sebab itu saya akan terus mencuba...tapi saya tahu sy takkan mampu kn...tp saya ingin cuba...dan cuba berikan peluang pada insan lain yg insyaallah takkan kecewakan saya bt kali kedua...kerana setiap yg berlaku ada sebab & hikmahnya...mungkin apa yg jadi dulu hanya terdapat satu kesilapan...x salah kita berikan peluang kedua tapi peluang ketiga mungkin tiada...biarlah hanya Tuhan yg tahu apa yg dia aturkan untuk saya...lgpun selama ini DIA banyak bagi tolong saya...selagi saya blh terus syg, terus rindu, terus sabar, terus tekad, terus ikhlas...saya akan tetap berdiri walaupun terpaksa merangkak saya akan merangkak jika itu boleh buktikan keikhlasan saya...saya yakin :

Allah Maha Besar,Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengasihani

tapi, saya perlukan awak juga...cuma hati saya terguris dengan kata2 awak utarakan...saya takkan terluka kalau bukan sebab saya syg awak...dan saya tahu awak pun ckp awak syg saya...malangnya, awak da bt satu parut kat hati saya...saya x salahkan awak sbb saya tahu saya banyak kekurangan...sbb tue ada je perkara yg x kena...tapikan saya nk awak gembira ada saya, dan saya pun nak dia bahagia miliki saya..

malangnya, malam ni bukan malam yg terbaik untukku...susahnya kn nak bt semua orang senang hati dgn diri kita...&... i need to prepare myself for losing her/him/they oneday because of my mistake/fault/unperfect
but
i want all of you know, i really hope that it's won't happen and always praying that all of you will accept and be with me forever with full of love no matter who am i


InSaN BeRnaMa WaNiTa

Seorang isteri yang solehah sangat berharga lebih daripada wang ringgit lebih daripada intan berlian... tapi siapa yang harus membentuk untuk menjadi isteri yang solehah? Suami... iya insan yang bernama suami... Seorang suami harus menghargai isteri yang mereka ada... kenapa??? sebab itu adalah amanah daripada Allah... Jika kamu, seorang lelaki dapat menjaga seorang isteri dengan baik... nescaya syurga adalah tempat-mu... kerana isteri akan terhindar daripada melakukan dosa... Ingat! Isteri yang melakukan dosa... suami yang akan kena tanggung...

Tanggungjawab suami bukan dari segi luaran... tapi daripada semua aspek... rohani dan jasmani... Penderaan Fizikal, kesannya tak kan seteruk penderaan Rohani dan mental... Sebelum anda seorang suami ingin dihormati sebagai seorang suami... adakah anda pernah terfikir dan terlintas yang "Adakah anda menghormati seorang Isteri" Allah itu maha adil... kalau kita tak hormati orang lain... sudah tentu tiada siapa yang akan menghormati kita... setiap apa yang kita lakukan... akan dicatat akan dihitung dan akan dibicarakan... tapi dunia sekarang sudah akhir zaman... anda buat anda dapat... Allah bayar Cash! Dunia anda boleh lari kemana2 tapi Akhirat? boleh kah anda lari...
  • Wahai insan yang bergelar lelaki... Fahamilah bakal isteri-mu sebelum anda ingin difahami... Isteri adalah seorang wanita... dan wanita adalah golongan lemah... mari kita hayati dan kenali seorang wanita
  • Jika seorang wanita menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...
  • Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
  • Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!
  • Seorang wanita tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan orang yg sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
  • Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.
  • Wahai lelaki2, jika seorang wanita pernah menangis kerana mu,tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
  • Wahai lelaki2, jika seorang wanita menangis keranamu, tolong jangan sia2kannya.
  • Wahai lelaki2 fikirlah dalam2 sebelum membuat sesuatu keputusan dalam perkahwinanmu kerana mungkin keputusanmu akan merosakkan kehidupannya.
  • Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dptkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab
"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya boleh membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh LELAKI 1 perkara..."

Malaikat bertanya "Apa itu Yaa TUHAN ??"
Tuhan menjawab "Bahawa "Betapa, BERHARGAnya dia (seorang wanita)..."

Monday, June 21, 2010

LeMBaRaN BaRu

salam dan selamat kembali...

dah hampir 3 bulan blog ini tidak diupdate...alhamdulillah, Tuhan berikan ku kesempatan utk terus menulis di dalam blog ini...

subhanallah, Allah maha Besar

terlalu banyak perkara telah terjadi dan berlaku...menguji ketabahan dan keikhlasan hati ini...kadang2 bila terkenang perit terasa tapi benda yg lepas x elok dikenang...Allah berikan hambanya ujian krn byk sebab...mgkin utk mengingatkan hambaNya dan juga menguji kekuatan iman hambaNya...pengalaman dan kisah yg lalu byk mengubah diri ini...mungkin itu hikmahnya...menjadikan diri ini seorang gadis yg tabah menghadapi hari2 yg mendatang..

namun kita x blh menipu diri sendiri...saat tangan ini rancak menekan papan kekunci saat itu juga kenangan yg lalu datang satu demi satu...setitis demi setitis mutiara jernih turun membasahi pipi...manakala angin kegusaran di hati kian menebal..mungkin ku berjaya hadapi ujian yg lalu namun adakah ku akan berjaya menghadapi ujian yg mendatang??
ku mengharapkan yg terbaik bt diriku dan juga dirinya...semoga apa yg terselit dihati ini dapat diselami oleh si dia. kasih sayang yg terpendam akan terus bersemi walaupun pada jauh didasarnya terkandung satu parut yg amat besar... semoga apa yg terjadi suatu ketika dulu tidak akan berulang kembali...peluang hanya dtg sekali sahaja...semoga kami mampu menghargai peluang yg ada ini dengan penuh kesyukuran dan keredhaan...dan bagiku, ku berharap mampu menghilangkan parut yg ada pada hati ini dgn penuh rasa bahagia...

Terima Kasih kerana mengembalikan dirinya...insyaallah, biarlah kasih sayang ini berakhir dengan satu ikatan yg suci bila tiba masanya nanti.

aminnnnnnnnnnnnnnnnnnn


KeTika iTu

Daisypath Anniversary tickers

CriTera CinTa

Daisypath Anniversary tickers