RSS

Thursday, January 28, 2010

KePeNTinGaN

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan terhadapnya. Tapi mudahkah melakarkan kepercayaan terhadap si dia?

Konsisten
Mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh â€Ë--menjerat’. Siapa tahukan!

Komitmen

Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubunganitu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang.

Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika jujur , ini membolehkan tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat . Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh â€Ë--menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Persamaan
Persamaan akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan â€Ë--bergegar’ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab saling menyalahkan antara satu sama lain.

Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang pendamkan dan membuatkan hubungan sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Penghargaan
Tidak salah sekiranya menghargai si dia. Biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu â€Ë--pokai’ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan.


No comments:

Post a Comment

KeTika iTu

Daisypath Anniversary tickers

CriTera CinTa

Daisypath Anniversary tickers