RSS
Showing posts with label Relationship. Show all posts
Showing posts with label Relationship. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

AwAk, SaYa & DiA

habitku, daku akn menulis bila ku dalam kesedihan, kekecewaan..one bt one kekecewaan datang dan pergi..nape susah sgt rasa ini pergi...what's happened to me??...i hate you!!!...can't stand anymore...how i could live in this pretending life for a long time...someone please help me...

setiap orang ada kelemahan dia yg tersendiri tp sekurang2nya mencuba dari tidak mencuba...dan saya x blh mcm awak, pura2 x de apa2 berlaku setelah apa yg sy dengar...maaf,saya x pandai nak tipu hati saya..saya dah penat nak marah, nak dendam...lgpn saya nk jd seorang anak, kakak, bakal isteri, bakal ibu dan juga seorang kawan yg amat tulus, penyayang, penyabar...sebab itu saya akan terus mencuba...tapi saya tahu sy takkan mampu kn...tp saya ingin cuba...dan cuba berikan peluang pada insan lain yg insyaallah takkan kecewakan saya bt kali kedua...kerana setiap yg berlaku ada sebab & hikmahnya...mungkin apa yg jadi dulu hanya terdapat satu kesilapan...x salah kita berikan peluang kedua tapi peluang ketiga mungkin tiada...biarlah hanya Tuhan yg tahu apa yg dia aturkan untuk saya...lgpun selama ini DIA banyak bagi tolong saya...selagi saya blh terus syg, terus rindu, terus sabar, terus tekad, terus ikhlas...saya akan tetap berdiri walaupun terpaksa merangkak saya akan merangkak jika itu boleh buktikan keikhlasan saya...saya yakin :

Allah Maha Besar,Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengasihani

tapi, saya perlukan awak juga...cuma hati saya terguris dengan kata2 awak utarakan...saya takkan terluka kalau bukan sebab saya syg awak...dan saya tahu awak pun ckp awak syg saya...malangnya, awak da bt satu parut kat hati saya...saya x salahkan awak sbb saya tahu saya banyak kekurangan...sbb tue ada je perkara yg x kena...tapikan saya nk awak gembira ada saya, dan saya pun nak dia bahagia miliki saya..

malangnya, malam ni bukan malam yg terbaik untukku...susahnya kn nak bt semua orang senang hati dgn diri kita...&... i need to prepare myself for losing her/him/they oneday because of my mistake/fault/unperfect
but
i want all of you know, i really hope that it's won't happen and always praying that all of you will accept and be with me forever with full of love no matter who am i


Wednesday, March 3, 2010

DoaKu

Ya Allah Yang Maha Pemurah,
Terima kasih engkau telah menciptakan dia dan mempertemukanku dengannya,
Terima kasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersama,
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama,
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu,

Ya Allah,
Ku datang bersujud dihadapan-Mu,
Sucikan hatiku sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku,

Ya Allah,
Jika daku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan daku merindukan kehadirannya,
Gantilah kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan pada-Mu,
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh daripada pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah daku dari kekecewaan,

Ya Allah Ya Tuhanku lagi Maha Mengerti,
Berikanlah daku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama mentari yang memancar serta senja yang merah,
Agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya,

Ya Allah,
Tetapi jika engkau ciptakan dia untuk diriku,
Satukan hati kami,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi,

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani,
Izinkanlah kami melayari hidup ini dengan sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami,

Ya Rabbi,
Bantulah diriku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya,
Berikan daku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya,

Ya Allah Ya Tuhanku,
Tetapkanlah hatinya agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima daku dengan segala kelebihan dan kekurangan diriku sebagaimana telah engkau ciptakan,
Yakinkanlah dia bahawa daku amat mencintai dan rela berkongsi segala suka dan duka bersamanya,

Ya Allah,
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini,

Ya Allah,
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat,
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini,
Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat,

Ya Allah Maha Pengasih,
Lepaskanlah daku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu,

Ya Allah Yang Maha Kekal,
Daku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buat hamba-Mu,
Luka dan keraguan yang ku alami pasti ada hikmahnya,
Perasaan ini yang mengajar daku untuk hidup makin dekat pada-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbingku menuju jalan terang-Mu,
Ajarlah daku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan,

Ya Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mendengar,
Berikanlah kepadaku kebahagiaan di dunia dan akhirat,
Dan periharalah diriku dari azab api Neraka.

aminnn...

~ Shafia Amirah Zaini ~
04/03/10
2.40 AM

Sunday, February 21, 2010

DiaM TaNpa KaTa


Kau Diam Tanpa Kata

Kau Seolah Jenuh Padaku
Ku Ingin Kau Bicara
Katakan sahaja apa salahku
sungguh ku tak mengerti
apa yang telah terjadi dan
ku tak ingin kau pergi dari hidupku
Kau Takkan Pernah Sedari
Betapa ku mencintaimu
Kau yang selalu ku banggakan
Ku Ingin Kau Bicara
Katakan Saja Apa Maumu
betapa ku mencintaimu
kau yang selalu ku inginkan
kau yang ku harapkan

Wednesday, February 3, 2010

PuiSi DaRiKu

Senja pun berlabuh
Tabir malam tersingkap
Unggas mula belagu riang
Dan insan lena dibuai mimpi
Kelihatan di sudut kamar sepi
Sekujur tubuh penuh rindu bersujud
Bertafakur mendamba kasih Ilahi

Mencari ketenangan
Mencari kedamaian
Memohon keampunan
Menginsafi dosa2 semalam
Walau hati luka berdarah
Namun dia tetap tabah
Sesungguhnya aku kagum..
Itulah senja di mataku

Senja pun berlabuh
Tiada lagi sinar suria
Pelangi pun hilang warnanya
Hanya yang tinggal
Mega merah di dada langit
Dan alam semakin sepi
Pekat malam menyelubungi

Seorang aku termangu
Bertanya pada diri.. berkali
Kapankan senja datang lagi
Bersama keindahannya
Atau malamku terus berpanjangan
.. aku pasrah
itulah aku yang tak tahu

senja pergi dan senja datang
pergilah senja dengan tenang
sebelum kasihku berbuah rindu
sebelum ukhwahku bersimpul padu
aku akan di sini menanti
pada esok yang belum pasti..

pada seorang senja..
semoga dirimu bahagia selamanya
semoga dirimu ceria tiap ketika
semoga tabahmu tetap teguh
semoga sabarmu tetap utuh

andai hanya di sini pertemuan kita
daku redha mungkin ini takdir-Nya

Thursday, January 28, 2010

KePeNTinGaN

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan terhadapnya. Tapi mudahkah melakarkan kepercayaan terhadap si dia?

Konsisten
Mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh â€Ë--menjerat’. Siapa tahukan!

Komitmen

Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubunganitu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang.

Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika jujur , ini membolehkan tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat . Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh â€Ë--menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Persamaan
Persamaan akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan â€Ë--bergegar’ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab saling menyalahkan antara satu sama lain.

Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang pendamkan dan membuatkan hubungan sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Penghargaan
Tidak salah sekiranya menghargai si dia. Biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu â€Ë--pokai’ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan.


Monday, January 25, 2010

AmY

Daku minta maaf banyak- banyak dengan semua orang yang akan, pernah dan telah mengenali diriku

Maaf seandainya daku bukan lagi FIA, KAK FIA, PIA, KAK PIAH, PIAH, KAK PIAH yang kamu semua tahu

NOW http://www.emoticonizer.com





I'm AMY, like my family called me





TiNgGaL KeNaNgAn - CaRaMeL

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu


Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu


Pernah Ada
Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan


Sunday, January 17, 2010

FirsT yEaR


Arini genap setahun..tapi dia x ingat pun :(
x mengapa..
.
mungkin dia sibuk, banyak lagi benda perlu dia ingat
.







Happy 1st Anniversary










P/B :
kadang2 seringkali hati suka bertanya

Friday, January 15, 2010

JiKa OraNg TaNya SaYa

Tajuk ni daku ambik dari blog usna, one of my BFF..insyaallah..daku tertarik dgn tajuk ni...dua hari lagi sem 3 yang merupakan sem terakhir bagi tahun pertama daku akan bermula...banyak misi dan visi yang ingin daku capai dalam sem ini..begitu cepatnya masa berlalu, sudah dua tahun daku berada di melaka ini dan sepanjang itu banyak benda yang telah daku pelajari..tidak sedikit pun pernah terlintas dihati ini untuk menyayangi seseorang sepanjang berada di Melaka..

Jika Orang Tanya Saya???

If people ask me whether aku ni lepas ni akan mudah jatuh cinta or not, aku akan jawab TAK. Seriously benda benda ni semua membosankan aku. Love is between me & Allah. Between me & my family. Between me & Zharif. Between me & girlfriends. That's just it. Mereka mereka yg baru dengan semua ni, memang lah akan terasa sgt kalau apa apa berlaku dgn love life dorang. Tapi kalau tu terjadi dekat aku, mungkin takde effect kot. Let say, kalau aku kehilangan Zharif. Maybe lepas tu aku takkan dah bersama sesiapa. Aku akan hanya cintakan suami aku. Dia lah yg akan sentiasa di hati aku :) Come on lahh. Cinta waktu sekolah dulu bagi aku mcm mainan jer. Ayat sana sini, then you dumped her, he dumped you. Hahaha. Sape yg bernasib baik tahan lebih lama tu, tahniah buat korang. You deserved it. Aku dah muak dgn cinta cinta ni sbnrnya. Muak with guys. Muak with their "ayat". Kalau boleh aku nak fokus dgn apa yg aku ada sekarang ni lahhh :) Mark my words!

7.00 am

Datangnya tahun baru dengan doa akan yang termakbul dan hari2 yang mdatang penuh syahdu...semoga kejayaan milikku...semoga dia tercipta untukku...semoga kebahagiaan itu milik kami dan jodoh berkekalan ke akhir hayat...aminnn..


p/b : ingin mula misi kembali ke bentuk asal...For nana, good luck..semoga dik menang lawan paintball arini..

KeTika iTu

Daisypath Anniversary tickers

CriTera CinTa

Daisypath Anniversary tickers